Posts

Showing posts from September, 2021

Herba : Bangun-bangun

Image
       Daun bangun-bangun merupakan herba anugerah Allah untuk kita manfaatkan.Juga dikenali " Coleus aromaticus" ini berasal dari Afrika Selatan dan Afrika Timur. Kini daun bangun-bangun mulai ditanam di Malaysia. Disamping Batuk,  Daun Bangun-bangun terdapat pelbagai manfaat Kandungan Nutrisi Daun Bangun-bangun Protein Karbohidrat Serat Kalsium Zat besi Magnesium Fosfor Kalium Sodium Zinc Vitamin, termasuk vitamin A, vitamin B, dan vitamin C Daun Bangun-bangun terdapat banyak nutrisi : 1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh Daun bangun-bangun mengandung vitamin C, vitamin A, aneka mineral, serta antioksidan yang baik untuk menjaga daya tahan tubuh tetap kuat. Selain itu, kandungan antioksidan pada tanaman herba ini juga diketahui baik untuk mencegah kerusakan sel akibat paparan radikal bebas. kandungan antioksidan pada daun bangun-bangun juga dapat mencegah pertumbuhan sel tumor atau kanser. Agar daya tahan tubuh tetap terjaga, Anda juga perlu menjalani gaya hid...

Tips Tanam Ketumbar

Image
Bekas Semaian dan Medium Tanah Pastikan pasu jenis permukaan lebar @ polibeg saiz . Tanah boleh isi tanah hitam organik yang dibeli di Nursery @ kedai RM2. Isikan dalam pasu dan tabur sedikit baja  AA dalam 1 sudu besar. Biar tanah dan baja selama 10 hari sebelum kita tabur benih. Rendam biji benih ketumbar semalaman supaya cepat bertunas Kemudian tabur dalam polybag/pasu.  Kemudian siram sedikit air agar tanah sentiasa lembab. Cabut  pokok yang terlalu rapat bagi elak kan daun jadi halus kemudian berbunga dan jadi biji ketumbar. Tip penanaman Medium yang digunakan adalah tanah hitam yang dicampur dengan sedikit cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja AB. Kadang kadang siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan. Siraman setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari kecuali hujan.  

Tips Tanam Tomato

Image
Penanaman Tomato Ceri  Lokasi.  Pohon tomato ceri memerlukan kawasan yang terlindung dari angina kuat dan menerima  cahaya matahari  selama 6-8 jam seharian.  Perhati kan daun tomato untuk tanda-tanda i) warna kuning/coklat pada bahagian sisi daun atau ii) daun bergulung. Ini menunjukkan  cahaya matahari terlalu terik  untuk pohon tomato ceri anda.  Tanah.  Tanaman tomato ceri agak rentan ( susceptible ) kepada serangan penyakit dalam tanah, seperti  kulat  dan cacing nematod. Tanah yang sesuai untuk penanaman tomato ceri sebaiknya tanah baru (atau tanah lama yang telah dipulihkan) serta mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik. Pasu . Tomato ceri boleh ditumbuhkan didalam pasu/bekas yang mempunyai lubang untuk sistem saliran air. Saiz yang dianjurkan untuk bekas ialah kira-kira 5  gallon /19 liter untuk memberi ruang secukupnya kepada akar untuk tumbuh dengan baik.  Penanaman Tomato Ceri  Lokasi.  Poho...

Tips Tanam Labu Hiasan

Image
LABU  Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda. Labu mudah ditanam menerusi biji benih. Selepas mendapatkan labu dari pasar, bersihkan dan keringkan biji benih tersebut untuk penanaman. Tanamkan beberapa biji benih sedalam 1 inci ke dalam tanah, jarakkan 1 kaki setiapnya atau pun boleh ditanam dalam pasu.. Apabila tanaman labu sudah mencapai 2-3 inci tinggi, ubah sebahagian daripada anak pokok dan biarkan dua atau tiga anak pokok sahaja di kawasan tersebut. Labu akan menjadi subur apabila mendapat cahaya yang tidak terlalu tepat mengenainya. Cahaya sederhana dengan sedikit redup sesuai untuk tanaman labu. Penanaman labu memerlukan kawasan seluas sekurang-kurang 50 kaki persegi. Tidak perlu bimbang jika...

Tips Tanam Sawi

Image
Cara Tanam Sawi dan Prosesnya 1. Proses Penyediaan Batas Penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad. Jenis Tanah Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah:  2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾  paras pot tanaman. 2. Semaian Biji Benih Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima  nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil. Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur mengikut baris yang lurus. Penanaman yang teratur aka...

Tips Tanam Tembikai

Image
Tanam buah tembikai dalam pasu/polibeg di rumah . Menyemai Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. Anak benih sesuai dipindahkan kedalam bekas atau pasu tanaman setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 2. Pemindahan anak pokok Gunakan bekas 12 in x 12 in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30 cm).  Kotak gabus sesuai digunakan Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8. Pastikan kedudukan bekas menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung. Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal...

Tips Tanam Salad

Image
Pemilihan bekas Bekas seperti   tray, pot atau window box  sekurang-kurangnya panjang adalah 18 inci dan dalam adalah 6-12 inci merupakan pilihan yang terbaik. Manakala pasu yang lebih dalam akan memberi lebih banyak ruang untuk pengembangan akar dan tidak akan mudah bertakung dengan air. Bekas yang dipilih perlu dibuat dari tanah liat, plastik atau kayu, dan mempunyai lubang saliran di bahagian bawah. Pastikan anda meletakkan pelapik di bawah bekas untuk mengelakkan kebocoran. Pastikan bekas dibasmi kuman dengan menggunakan peluntur (1 bahagian peluntur: 9 bahagian air). 2. Penyediaan Tanah Tanah yang sesuai untuk ditanam adalah tanah jenis berpasir dan liat. Tanah jenis ini yang mempunyai sistem pengairan yang baik dengan pH sedikit berasid atau neutral dan kandungan organik yang tinggi. Optimum pH yang diperlukan adalah antara 6.0 -6.5. 3. Benih Sayuran hijau akan tumbuh dengan cepat berbanding sayuran berbuah. Oleh itu, penanaman bermula dari biji adalah digalakkan berband...

Tips Tanam Timun Jepun

Image
Mempersiapkan Benih Tanaman Hal pertama yang penting untuk dilakukan iaitu mempersiapkan benih timun jepun. Kualiti dari hasil tanaman akan bergantung dari benih yang di tanam. Apabila benih yang ditanam mempunyai kualitiyang baik maka hasil  optimal.    Simpan benih ditempat yang sejuk, dan tidak terpapar cahaya matahari secara langsung Sebelum penyemaian disarankan rendam benih kurang lebih selama setengah jam untuk merangsang perkecambahan.   Menyediakan Medium Semaian Ini bertujuan untuk membiarkan tanaman agar beradaptasi dengan baik sebelum dipindahkan ke kebun namun jika di laman rumah boleh jer ditanam terus dengan sediakan net agak tak terdedah kepada hujan lebat @ panas terik.   Langkah Penyemaian Benih   Siapkan benih timun jepun yang akan disemai dan yang telah direndam dengan air. Selanjutnya siapkan media tanam tanah dan kompos atau tanah hitam dengan perbandingan 7:3 yang artinya 7 bagian tanam dan 3 bagian kompos ataupun tanah hitam. Campur ...

Tips Tanam Bayam

Image
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Terdapat dua jenis bayam secara umumnya iaitu Jenis Bayam Daun Hijau dimana jenis ini lazimnya  berdaun lebar dan kadangakala berdaun bujur dan juga Bayam Daun Ungu Kemerahan. Apa pun penulis mendapati ada juga jenis berwarna hijau keunguan dan juga warna kemerahan yang mengandungi bahan Anthocyanin tinggi. Jenis Bayam Merah (ada yang kata ia jenis Bayam Bangladesh) yang juga didapati sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah diantara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai. Sayuran Bayam adalah dari keluarga Amaranthaceae merupakan tanaman singkat masa dengan penuaian 28 - 32 hari selepas ditanam. Ia memerlukan kawasan tanag subur dan gembur dengan banyak cahaya matahari. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman dan s...

Tips Berkenaan Baja

Image
BAJA  pada asasnya terbahagi kepada dua jenis iaitu baja organik dan baja kimia. Baja organik berasal dari sisa tumbuhan dan haiwan amat baik digunakan tetapi mengandungi unsur/zat yang terhad dan sedikit dapat dibekalkan kepada tumbuhan. BAJA ORGANIK Baja organik   dihasilkan daripada benda hidup atau bahan mineral dan wujud secara semulajadi. Antara contoh   baja organik   adalah: Najis haiwan Kompos Serbuk batu kapur Sifatnya adalah ia bekerja secara perlahan dan perlu diurai oleh organisma tanah untuk melepaskan nutrien yang diperlukan kepada pokok dan tumbuhan. Ia mampu memberikan nutrien tanpa mengira keadaan cuaca. Ia juga memberikan nutrien secara perlahan untuk mengurangkan risiko kehilangan nutrien ke dalam tanah.  Selain itu, ia mampu untuk menjadikan tanah lebih ‘hidup’ dan ‘kuat’. Lebih lama pembajaan organik dilakukan, lebih subur tanah. Namun, ia tetap mempunyai kekurangannya yang tersendiri kerana sifatnya yang mengeluarkan nutrien secara perlaha...

Tips Tanam Terung

Image
TERUNG. Persediaan bekas dan medium Anda boleh mimilih menggunakan pasu atau polibeg.  Disarankan gunakan medium  tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow. Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk "menghidupkan tanah" melalui mikrob yang ada pada baja. Penanaman pokok . Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama. Penjagaan . Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya...

Tips Tanam Durian

Image
TIPS TANAM POKOK DURIAN DARI KAJIAN UPM Cara penanaman: Tanah yang sesuai seharusnya mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping berada pada kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian permukaan laut,curah hujan 1700 s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28 darjah celcius. Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses pengolahan tanah dengan betul. Bersihkan kawasan tanah dari berbagai rumput dan kayu/sampah yang tidak diperlukan Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata. Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada setiap kawasan penanaman pokok. Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam keadaan neutral dan berkualiti. Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok. Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik....