Tips Tanam Tomato

Penanaman Tomato Ceri 

Lokasi. Pohon tomato ceri memerlukan kawasan yang terlindung dari angina kuat dan menerima cahaya matahari selama 6-8 jam seharian. Perhatikan daun tomato untuk tanda-tanda i) warna kuning/coklat pada bahagian sisi daun atau ii) daun bergulung. Ini menunjukkan cahaya matahari terlalu terik untuk pohon tomato ceri anda. 

Tanah. Tanaman tomato ceri agak rentan (susceptible) kepada serangan penyakit dalam tanah, seperti kulat dan cacing nematod. Tanah yang sesuai untuk penanaman tomato ceri sebaiknya tanah baru (atau tanah lama yang telah dipulihkan) serta mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.

Pasu. Tomato ceri boleh ditumbuhkan didalam pasu/bekas yang mempunyai lubang untuk sistem saliran air. Saiz yang dianjurkan untuk bekas ialah kira-kira 5 gallon/19 liter untuk memberi ruang secukupnya kepada akar untuk tumbuh dengan baik. 

Struktur sokongan. Pokok tomato ceri adalah salah satu tanaman yang memerlukan struktur sokongan kerana ianya menjalar (vine). Sekiranya tidak dikawal, sesetengah pohok tomato ceri dilaporkan akan terus membesar hinggakan setinggi 7 kaki! 😵. Struktur sokongan berfungsi untuk mengelakkan tumbuhan daripada rebah apabila pokok sudah mula berbuah. Dianjurkan meletakkan struktur sokongan setelah menanam anak cambah untuk mengelakkan dari merosakkan akar pokok sekiranya struktur sokongan diletakkan setelah tanaman membesar.

Comments

Popular posts from this blog

Herba : Selaput Tunggul