Tips Berkenaan Baja

BAJA pada asasnya terbahagi kepada dua jenis iaitu baja organik dan baja kimia. Baja organik berasal dari sisa tumbuhan dan haiwan amat baik digunakan tetapi mengandungi unsur/zat yang terhad dan sedikit dapat dibekalkan kepada tumbuhan.

BAJA ORGANIK

Baja organik dihasilkan daripada benda hidup atau bahan mineral dan wujud secara semulajadi. Antara contoh baja organik adalah:

  • Najis haiwan
  • Kompos
  • Serbuk batu kapur

Sifatnya adalah ia bekerja secara perlahan dan perlu diurai oleh organisma tanah untuk melepaskan nutrien yang diperlukan kepada pokok dan tumbuhan. Ia mampu memberikan nutrien tanpa mengira keadaan cuaca. Ia juga memberikan nutrien secara perlahan untuk mengurangkan risiko kehilangan nutrien ke dalam tanah. 

Selain itu, ia mampu untuk menjadikan tanah lebih ‘hidup’ dan ‘kuat’. Lebih lama pembajaan organik dilakukan, lebih subur tanah. Namun, ia tetap mempunyai kekurangannya yang tersendiri kerana sifatnya yang mengeluarkan nutrien secara perlahan mengakibatkan pokok juga lambat untuk mendapat nutrien.

BAJA KIMIA (Baja Sintetik)

Ia dihasilkan menerusi tindak balas kimia serta mengandungi mineral atau kimia sintetik. Ia juga mempunyai nutrien pada kadar tertentu sesuai dengan jenis tanaman. Kelebihannya adalah ia lebih cepat diserap oleh tumbuhan. 

Jumlah nutriennya juga jelas dan bukan seperti baja organik kerana ia berbeza mengikut dari mana ia datang. Harganya juga jauh lebih murah daripada baja organik. Namun, penggunaan pada jangka masa yang lama akan memberikan kesan kepada tanah dan alam sekitar.

Ia juga memerlukan organisma untuk menguraikan baja tersebut sebelum segala nutrien dapat diserap pokok. Biasanya di ladang, ramai yang menggunakan air berklorin dan racun kimia. Penggunaannya akan mematikan organisma tersebut.

Dua beg baja campuran 50 kg. Baja campuran bermaksud baja tersebut mengandungi pelbagai unsur.


Nitrophoska ialah singkatan dari tiga unsur/zat yang sangat diperlukan oleh pokok/tumbuhan.
Green (hijau) menunjukkan baja tersebut adalah untuk tumbesaran pokok (baja gemuk).
15 - 15- 15 + 2S ialah kandungan utama baja tersebut mengikut peratusan.



Keterangan di beg baja.

15% N bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Nitrogen.
15% P2O5 bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Phospor (phospat).
15% K2O bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Kalium.
2.0% S bermaksud baja ini mengandungi tambahan 2% unsur/zat Sulphur (belerang)
Peratus selebihnya adalah bahan lengai/ bahan tambahan yang tidak mempunyai zat.


Nitrophoska green bermaksud baja ini adalah untuk kegunaan tumbesaran pokok.
Sesuai digunakan untuk membaja anak pokok yang sedang membesar dan juga sayur-sayuran.


Biasanya disebut baja gemuk atau baja 15,15,15.

Nitrogen adalah unsur yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Ia diperlukan untuk pembentukan bahagian-bahagian pokok seperti daun, batang dan akar. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan warna hijau daun terutama sayur-sayuran.

Phospor diperlukan untuk pembentukan akar pokok terutama anak benih yang baru ditanam. Phospor tunggal biasanya digunakan sebagai baja lubang iaitu  baja yang ditaburkan ke dalam lubang sebelum penanaman anak benih. Bagi pokok dewasa phospor diperlukan untuk pembentukan bunga dan buah dan pembentukan klorofil pada daun.

Kalium berfungsi sebagai perintang dan daya tahan terhadap penyakit. Ia juga diperlukan untuk perkembangan akar pokok dan pembentukan buah yang berkualiti dari segi rasa, warna dan saiz.

Sulfur pula adalah unsur tambahan yang boleh membantu pembentukan warna hijau pada daun. Tanaman yang kekurangan sulfur menyebabkan  daunnya kekuningan.


Beg baja 15 - 15 - 15 biasanya ditulis dan dicap dengan warna hijau yang bermanka ia adalah baja gemuk (untuk tumbesaran pokok).

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Herba : Selaput Tunggul