Tips Tanam Terung

TERUNG.

Persediaan bekas dan medium

Anda boleh mimilih menggunakan pasu atau polibeg.  Disarankan gunakan medium  tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow. Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk "menghidupkan tanah" melalui mikrob yang ada pada baja.


Penanaman pokok.



Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.


Penjagaan.

Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.


Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.


Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.


Pemangkasan.

Saya kerap melakukan pemangkasan "ringan" untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun. 


Risiko Perosak

Lalat buah.

Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.


Kaedah Menyiram

Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.


Selenggara

Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang.



Comments

Popular posts from this blog

Herba : Selaput Tunggul