Tips Tanam Salad
Pemilihan bekas
Bekas seperti tray, pot atau window box sekurang-kurangnya panjang adalah 18 inci dan dalam adalah 6-12 inci merupakan pilihan yang terbaik. Manakala pasu yang lebih dalam akan memberi lebih banyak ruang untuk pengembangan akar dan tidak akan mudah bertakung dengan air.
Bekas yang dipilih perlu dibuat dari tanah liat, plastik atau kayu, dan mempunyai lubang saliran di bahagian bawah. Pastikan anda meletakkan pelapik di bawah bekas untuk mengelakkan kebocoran. Pastikan bekas dibasmi kuman dengan menggunakan peluntur (1 bahagian peluntur: 9 bahagian air).
2. Penyediaan Tanah
Tanah yang sesuai untuk ditanam adalah tanah jenis berpasir dan liat. Tanah jenis ini yang mempunyai sistem pengairan yang baik dengan pH sedikit berasid atau neutral dan kandungan organik yang tinggi. Optimum pH yang diperlukan adalah antara 6.0 -6.5.
3. Benih
Sayuran hijau akan tumbuh dengan cepat berbanding sayuran berbuah. Oleh itu, penanaman bermula dari biji adalah digalakkan berbanding dengan kaedah transplanting.
Selain itu, adalah ekonomik jika penanaman salad dari biji dengan memilih dari pelbagai jenis salad berbagai jenis dan sayuran hijau berdaun lain. Selalunya salad berdaun merah dan hijau gelap akan lebih tinggi nutrient dan antioksidan.
4. Tanam
Benih ditanam antara 1.75 hingga 3 inci (4.4 to 7.5 cm) setiap barisan di dalam bekas tanaman bersaiz 40 inci (102 cm) . Pastikan tanah berkelembapan sederhana.
5. Pembajaan
Salad dengan baik apabila sumber baja P yang tinggi dan organik seperti tinja ayam. Program pembajaan yang betul adalah seperti berikut:
- Sebelum penanaman –1 kg baja tinja ayam akan ditabur sebelum penanaman.
- Semasa penanaman– baja kompoun seperti 10-30-10 diletakkan dalam setiap lubang dengan kadar 10 g/pokok
- Pada minggu ke 3 – ammonium sulfate di letakkan 5 cm dari pangkal sayuran dengan kadar 15 g/pokok.
6. Penuaian
Tuaian pertama boleh dilakukan selepas 30-70 hari selepas tanam. Anda perlu potong bahagian daun yang anda mahukan dan biarkan bahagian lain untuk tumbuh lagi.
Selepas tuaian, anda cuma perlu membuat thinning secepat mungkin dengan menggunakan gunting ataupun pemangkas jika ketinggian melebihi 4-6 inci.
Penuaian perlu dihentikan jika salad mula mengeluarkan bunga (lettuce bolting) kerana rasa salad akan bertukar menjadi pahit.
7. Penyimpanan
Sayur salad yang dituai perlu disimpan pada suhu yang sesuai dan dibasuh dengan air sebelum dimakan.
Barang-barang cadangan untuk keperluan penanaman salad yang anda boleh beli:


Comments
Post a Comment