Tips Tanam Bayam
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Terdapat dua jenis bayam secara umumnya iaitu Jenis Bayam Daun Hijau dimana jenis ini lazimnya berdaun lebar dan kadangakala berdaun bujur dan juga Bayam Daun Ungu Kemerahan. Apa pun penulis mendapati ada juga jenis berwarna hijau keunguan dan juga warna kemerahan yang mengandungi bahan Anthocyanin tinggi. Jenis Bayam Merah (ada yang kata ia jenis Bayam Bangladesh) yang juga didapati sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah diantara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai. Sayuran Bayam adalah dari keluarga Amaranthaceae merupakan tanaman singkat masa dengan penuaian 28 - 32 hari selepas ditanam. Ia memerlukan kawasan tanag subur dan gembur dengan banyak cahaya matahari. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman dan sayuran bayam dalam blog ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis artikel cara-cara untuk menanam bayam secara komersil untuk dijadikan bahan rujukkan.
Menanam Di Laman Rumah
Tanah digemburkan terlebih dahulu kemudian sediakan batas berukuran 120 cm lebar, 25 cm tinggi dan 750 cm panjang. Jarak antara batas ialah 50 cm.
Buat tiga jalur atau alur kecil memanjang di permukaan batas.
Campurkan Bijih benih Bayam dengan medium tanah hitam ( boleh di beli di nursery@kedai rm2) kemudian .
Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Selepas 2-3 hari anak benih akan cambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan ialah 9 cm antara pokok dan 3 cm antara barisan. . Siram anak-anak benih dengan baja larutan jenis Urea sebanyak 4 gm dalam seliter air.
Penyelenggaraan
Pembajaan sangat mustahak anda boleh memilih menggunakan Baja Organik @ kimia
Sebaiknya menggunakan baja organik.
Baja digaul dan ditabur diantara lorong-lorong pokok. Aktiviti menyiram bayam dijalankan dengan rapi kerana Bayam memerlukan air yang banyak untuk tujuan pembesarannya. Dalam musim panas dua kali siraman adalah memadai dengan menggunakan sumber air yang bersih dan mencukupi.
Sungkupan boleh diletakkan di atas batas selepas menabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumput-rumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, mengawal pertumbuhan rumput-rampai serta memperbaiki struktur dan kesuburan tanah. Kawalan rumput perlu dijalankan sepanjang masa dimana rumpu perlu dicabut dengan berhati-hati agar akar tanaman bayam tidak tercabut atau cedera.
Terdapat beberapa jenis serangga yang merosakkan tanaman bayam seperti
Ulat Pangkas (Agrotisypsilon Rott) Risiko kerosakan pada bayam hijau dengan memotong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam. Ulat memotong batang anak benih diparas permukaan dan kawalan dengan menyembur racun kimia atau serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih. Ulat Ratus (Prodenia litura F) adalah perosak dimana peringkat larvanya memakan daun. Kawalan adalah dengan menyembur dengan racun serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif. Agrotisypsilon
Risiko kerosakan pada bayam merah. Kerosakkan dimana ia akan potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam. Kawalannya dengan menggunakan umpan trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20. Sebaiknya kerja penyemburan racun kimia tidak dilakukan beberapa hari sebelum penuaian dilakukan.
Kawalan Penyakit
Hawar Melecuh (Cysstobus bliti.) Simtomnya terdapat tompok-tompok putih pada daun. Gilirkan dengan tanaman lain setelah menuai bayam untuk mengatasi masaalah ini. Tiada kawalan kimia yang didapati berkesan.
Penyakit Lecuh Anak Benih Ianya disebabkan oleh kulat Phythium aphanidermatum. Penyakit ini sering terjadi dikawasan lembab dan musim hujan.
Bahagian pangkal pokok menjadi reput dan pokok akan mati.Tanam di tanah yang mempunyai saliran elok.Elakkan menyiram berlebihan. Gaulkan 2 gram Thiram dengan 50 gm biji benih sebelum menyemai.
Kebiasaannya bayam boleh dituai 3 - 4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20 cm tinggi. Pokok perlu dicabut bersama-sama akarnya




Comments
Post a Comment