Posts

Herba : KACANG SACHA INCHI

Image
KACANG SACHA INCHI  (Plukenetia volubilis)  merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia bagaimana pun dengan capaian internet ramai orang yang mengetahu akan kehebatan minyak pati sacha inchi. Perkara ini mula 'viral' setelah pihak RISDA berjaya mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagaimana pun masa itu penulis blog masih kurang pasti akan semua kehebatan tanaman ini untuk ditanam secara komersil sehingga setelah bersara ada membuat banyak tinjauan teknologi dibeberapa kebun usahawan sacha inci dan pemproses kacang ini di sekitar Perak, Melaka dan Pahang.  Khasiat kacang Sacha Inchi dilaporkan amat tinggi dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 menyababkan produk dari kacang ini dijual dengan harga tinggi. Dilaporkan t umbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' .  Tanaman in

Herba : Bangun-bangun

Image
       Daun bangun-bangun merupakan herba anugerah Allah untuk kita manfaatkan.Juga dikenali " Coleus aromaticus" ini berasal dari Afrika Selatan dan Afrika Timur. Kini daun bangun-bangun mulai ditanam di Malaysia. Disamping Batuk,  Daun Bangun-bangun terdapat pelbagai manfaat Kandungan Nutrisi Daun Bangun-bangun Protein Karbohidrat Serat Kalsium Zat besi Magnesium Fosfor Kalium Sodium Zinc Vitamin, termasuk vitamin A, vitamin B, dan vitamin C Daun Bangun-bangun terdapat banyak nutrisi : 1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh Daun bangun-bangun mengandung vitamin C, vitamin A, aneka mineral, serta antioksidan yang baik untuk menjaga daya tahan tubuh tetap kuat. Selain itu, kandungan antioksidan pada tanaman herba ini juga diketahui baik untuk mencegah kerusakan sel akibat paparan radikal bebas. kandungan antioksidan pada daun bangun-bangun juga dapat mencegah pertumbuhan sel tumor atau kanser. Agar daya tahan tubuh tetap terjaga, Anda juga perlu menjalani gaya hidup sihat, iait

Tips Tanam Ketumbar

Image
Bekas Semaian dan Medium Tanah Pastikan pasu jenis permukaan lebar @ polibeg saiz . Tanah boleh isi tanah hitam organik yang dibeli di Nursery @ kedai RM2. Isikan dalam pasu dan tabur sedikit baja  AA dalam 1 sudu besar. Biar tanah dan baja selama 10 hari sebelum kita tabur benih. Rendam biji benih ketumbar semalaman supaya cepat bertunas Kemudian tabur dalam polybag/pasu.  Kemudian siram sedikit air agar tanah sentiasa lembab. Cabut  pokok yang terlalu rapat bagi elak kan daun jadi halus kemudian berbunga dan jadi biji ketumbar. Tip penanaman Medium yang digunakan adalah tanah hitam yang dicampur dengan sedikit cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja AB. Kadang kadang siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan. Siraman setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari kecuali hujan.  

Tips Tanam Tomato

Image
Penanaman Tomato Ceri  Lokasi.  Pohon tomato ceri memerlukan kawasan yang terlindung dari angina kuat dan menerima  cahaya matahari  selama 6-8 jam seharian.  Perhati kan daun tomato untuk tanda-tanda i) warna kuning/coklat pada bahagian sisi daun atau ii) daun bergulung. Ini menunjukkan  cahaya matahari terlalu terik  untuk pohon tomato ceri anda.  Tanah.  Tanaman tomato ceri agak rentan ( susceptible ) kepada serangan penyakit dalam tanah, seperti  kulat  dan cacing nematod. Tanah yang sesuai untuk penanaman tomato ceri sebaiknya tanah baru (atau tanah lama yang telah dipulihkan) serta mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik. Pasu . Tomato ceri boleh ditumbuhkan didalam pasu/bekas yang mempunyai lubang untuk sistem saliran air. Saiz yang dianjurkan untuk bekas ialah kira-kira 5  gallon /19 liter untuk memberi ruang secukupnya kepada akar untuk tumbuh dengan baik.  Penanaman Tomato Ceri  Lokasi.  Pohon tomato ceri memerlukan kawasan yang terlindung dari angina kuat dan mene

Tips Tanam Labu Hiasan

Image
LABU  Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda. Labu mudah ditanam menerusi biji benih. Selepas mendapatkan labu dari pasar, bersihkan dan keringkan biji benih tersebut untuk penanaman. Tanamkan beberapa biji benih sedalam 1 inci ke dalam tanah, jarakkan 1 kaki setiapnya atau pun boleh ditanam dalam pasu.. Apabila tanaman labu sudah mencapai 2-3 inci tinggi, ubah sebahagian daripada anak pokok dan biarkan dua atau tiga anak pokok sahaja di kawasan tersebut. Labu akan menjadi subur apabila mendapat cahaya yang tidak terlalu tepat mengenainya. Cahaya sederhana dengan sedikit redup sesuai untuk tanaman labu. Penanaman labu memerlukan kawasan seluas sekurang-kurang 50 kaki persegi. Tidak perlu bimbang jika tid

Tips Tanam Sawi

Image
Cara Tanam Sawi dan Prosesnya 1. Proses Penyediaan Batas Penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad. Jenis Tanah Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah:  2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾  paras pot tanaman. 2. Semaian Biji Benih Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima  nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil. Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur mengikut baris yang lurus. Penanaman yang teratur akan membuatkan t

Tips Tanam Tembikai

Image
Tanam buah tembikai dalam pasu/polibeg di rumah . Menyemai Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. Anak benih sesuai dipindahkan kedalam bekas atau pasu tanaman setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 2. Pemindahan anak pokok Gunakan bekas 12 in x 12 in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30 cm).  Kotak gabus sesuai digunakan Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8. Pastikan kedudukan bekas menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung. Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal per